fbpx

Si kacak, cucu Normah Damanhuri mahu sambung legasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAIB Juara Hero Remaja, Fitri Farok mahu meneruskan legasi neneknya, Normah Damanhuri untuk menjadi seorang pelakon berkaliber suatu jari nanti.

KUALA LUMPUR – “Saya mahu sambung legasi nenek.”

Itu penjelasan Naib Juara Hero Remaja 2023, Fitri Farok yang mahu bergelar pelakon sama seperti neneknya iaitu aktres veteran Normah Damanhuri.

Keinginan Fitri atau nama lengkapnya Muhammad Fitri Mohd. Farok, 24, semakin menebal apabila meraih 100 peratus sokongan keluarga.

“Saya bersyukur impian mahu terbabit dalam industri seni disokong keluarga dan paling penting saya mahu sambung legasi nenda (nenek), Normah Damanhuri.

“Semua orang bagi kata-kata semangat, tetapi saya sentiasa ingat kata-kata nenda iaitu kalah menang adat pertandingan, yang penting kejujuran.

“Saya bawa kata-kata tersebut dalam sesi soal jawab pada pentas akhir,” katanya ketika ditemui selepas pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023, baru-baru ini.

Pada masa sama, anak saudara usahawan popular, Kak KM itu mengakui terkejut sebaik naman dipanggil untuk ke pusingan penentuan seterusnya bergelar Naib Juara.

“Sejujurnya saya tidak sangka nama dipanggil untuk ke pusingan seterusnya bersama tiga orang lagi peserta.

“Saya cuma fokus kepada persembahan iaitu tentang rakyat Palestin kerana isu yang saya pilih sangat berat.

“Ketika itu, saya hanya mahu buat yang terbaik dan alhamdulillah saya diumumkan sebagai Naib Johan,” ujarnya lagi.

Atas kedudukan di tangga kedua itu, Fitri menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM7,000 berserta trofi.

Pertandingan Hero Remaja 2023 menyaksikan Aiman Ameer merangkul juara yang melayakkannya membawa pulang RM10,000 dan trofi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI