fbpx

Pemuda mengaku perbuatan keji ke atas kanak-kanak 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen, Melaka, hari ini. - Foto SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang pemuda menangis ketika membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan meliwat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di sebuah asrama untuk golongan mualaf, Mei lalu.

Tertuduh, Bilal Rayyan Abdullah, 20, bagaimanapun hanya mengaku bersalah bagi dua daripada empat pertuduhan yang dihadapkan ke atasnya di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa persetujuan, terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di bilik asrama dan tandas lelaki Kompleks Darul Huda, Balai Islam Melaka pada 14,15,22 dan 23 Mei 2023 lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh yang juga bekas pelajar Sekolah Henry Gurney boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan mengambil kira pengakuan bersalah dibuat tertuduh bagi dua daripada pertuduhan didakwa.

Beliau turut memohon satu tarikh baharu diberikan oleh pihak mahkamah bagi menunggu laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat memandangkan tertuduh adalah pesalah muda.

Mohd. Sabri kemudian menerima permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan tarikh 1 Februari depan bagi sebutan semula dan serahan fakta kes serta penetapan hukuman.

Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan seorang murid tahun enam menjadi mangsa nafsu songsang pemuda berusia 20 tahun apabila dia diliwat sebanyak 30 kali di dalam bilik tidur dan tandas sebuah asrama untuk golongan mualaf pada Mei lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, tindakan keji suspek terbongkar selepas mangsa memberitahu bapanya mengenai kejadian tersebut pada 24 Disember lalu selepas tidak tahan diganggu oleh suspek.

Katanya, mangsa sebelum ini hanya mengikuti permintaan suspek dan mendiamkan diri susulan bimbang dengan keselamatan dirinya.

“Mengikut laporan dibuat, mangsa telah diliwat pada Mei lalu pada waktu awal pagi sekitar 2 hingga 3 pagi ketika dia sedang tidur sebelum dikejutkan oleh suspek.

“Pemuda itu juga ada membawa mangsa ke tandas asrama dan menyuruh kanak-kanak itu untuk meliwat dirinya. Disebabkan rasa takut, mangsa mangsa menuruti permintaan lelaki tersebut,” katanya kepada pemberita, di sini.

Jelasnya, ibu mangsa juga merupakan penghuni di asrama itu dan bekerja sebagai pembantu guru di institusi berkenaan yang dikendalikan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI