fbpx

Lelaki pukul bakal isteri, batal kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AS dirakam memukul IU di sebuah kedai cuci kereta. - Detik

JAKARTA, Indonesia – Seorang lelaki di Konawe, wilayah Sulawesi Tenggara memukul bakal isterinya ketika dia diminta membayar kos pakaian untuk majlis perkahwinan mereka, lapor laman berita Detik.

Perkahwinan lelaki dikenali sebagai AS, 26, dan pasangannya, IU sepatutunya berlangsung pada 24 Disember lalu, namun selepas kejadian itu, keluarga AS nekad membatalkan perkahwinan mereka.

“Keluarga pengantin lelaki membatalkan perkawinan kerana sudah tawar hati selepas kejadian itu. Kami sepatutnya berkahwin pada 24 Disember lalu,” kata IU.

Menurut IU, AS telah memberinya wang tunai berjumlah 40 juta rupiah (RM11,898) yang digunakan untuk menyewa pentas perkahwinan, gambar pra-perkahwinan dan mencetak kad jemputan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju bahawa IU tidak perlu memulangkan wang tersebut kerana perkahwinan mereka dibatalkan oleh keluarga pengantin lelaki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`