fbpx

Pindah negara lain jika mahu selamat – Netanyahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan mengeluarkan mayat mangsa yang terbunuh di kem pelarian al-Maghazi kelmarin. - AFP

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendesak pelaksanaan rancangan ‘penghijrahan sukarela’ penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza ke negara-negara lain, lapor agensi berita Anadolu kelmarin.

Menurut akhbar Hayom Daily, Netanyahu berkata demikian dalam sidang tertutup bersama barisan pemimpin Parti Likud yang diketuainya.

“Masalah kami ialah negara-negara yang sanggup menerima mereka dan kami sedang mengusahakannya,” kata Netanyahu seperti dipetik akhbar berkenaan.

Ahli kanan Parti Likud, Danny Danon semasa sidang tersebut berkata, beberapa negara turut membangkitkan isu sama termasuk Menteri Imigresen Kanada, Marc Miller dan bekas Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley.

Menurut Danon, Israel perlu membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengusahakan kemas kini dalam isu tersebut bagi memastikan mana-mana penduduk Palestin yang ingin berpindah ke negara lain boleh berbuat sedemikian.

Sebelum ini, AS, negara-negara Arab dan Eropah telah menyuarakan bantahan terhadap sebarang bentuk ‘penghijrahan secara paksa’ rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza yang terus dikepung dan digempur oleh Rejim Zionis.

Dalam pada itu, Rejim Zionis meningkatkan serangan di Semenanjung Gaza kelmarin di mana serangan dan pengeboman tanpa henti menyebabkan penduduk Gaza semakin menderita dengan peperangan kini memasuki minggu ke-12.

“Kami tidak akan berhenti. Kami akan memperhebatkan serangan dalam masa beberapa hari akan datang,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan oleh Parti Likud selepas melawat Semenanjung Gaza kelmarin.

Sejak serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 20,700 penduduk Gaza terbunuh setakat kelmarin dengan kebanyakan mereka ialah wanita dan kanak-kanak, manakala mangsa yang cedera pula melebihi 54,536 orang.

Kementerian kesihatan Hamas di Gaza memaklumkan bahawa empat serangan besar pada Ahad lalu menyebabkan lebih 100 penduduk awam terbunuh. Serangan udara Israel ke atas kem pelarian Al-Maghazi membunuh seramai 70 orang malam kelmarin.

Deretan mayat mangsa pengeboman di dalam beg-beg putih memenuhi pekarangan hospital Al-Aqsa di Deir al-Balah, tengah Gaza menjelang upacara pengebumian besar-besaran.

Semenanjung Gaza kini dipenuhi runtuhan bangunan di mana 2.4 juta penduduknya mengalami masalah ketiadaan bekalan air, makanan, bahan api dan ubat-ubatan.

PBB menganggarkan 1.9 juta penduduk enklaf itu kehilangan tempat tinggal dengan ramai yang melarikan diri ke selatan dan bersesak di tempat-tempat perlindungan sementara pada musim sejuk. – Agensi/afp

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI