fbpx

Bungkusan pocong di tandas stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan tersebut berisi seluar dalam wanita, coli, bunga mawar dan bunga cempaka. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan penemuan bungkusan misteri kain putih yang diikat menyerupai pocong di sebuah stesen minyak di Playen, Jogjakarta, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Instagram, kain tersebut ditemui di hadapan tandas stesen minyak berkenaan dan diletakkan di dalam pasu bunga.

“Pekerja stesen minyak Playen digemparkan dengan penemuan bungkusan kain putih yang diikat menyerupai pocong,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Seorang pekerja stesen berkenaan, Anjas Yuliansyah membuka ikatan kain itu bersama rakan-rakannya dan terkejut menemui  seluar dalam wanita, coli, bunga mawar dan bunga cempaka.

“Semua barangan itu telah dibakar untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini,” tambah keterangan hantaran tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Apabila cinta ditolak, pawang mula bertindak. Apa yang penting punyai wang yang cukup,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI