fbpx

 Lelaki  maut kepala tersepit pintu lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang dilaporkan maut akibat kepalanya tersepit pada pintu lif sebuah pusat beli-belah di Jalan Burmah, petang tadi.

GEORGE TOWN – Seorang pekerja penyelenggaraan dilaporkan maut selepas bahagian kepalanya tersepit ketika sedang menyelenggara lif sebuah kompleks beli-belah di Jalan Burmah di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, R. Tinesh Kumar, 28, maut di tempat kejadian manakala  seorang lagi rakan sekerjannya  berusia 53 tahun selamat.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Ahmad Rezki Faris Ismail berkata, apabila pasukan bomba tiba  di lokasi kejadian didapati terdapat dua orang mangsa lelaki telah terperangkap di dalam lif.

”Seorang mangsa lelaki berusia 28 tahun telah tersepit pada bahagian kepala pada pintu lif, manakala seorang lagi lelaki berusia 53 tahun terperangkap di dalam lif.

“Pasukan bomba telah berjaya membuka pintu lif dan mengeluarkan dua orang mangsa tersebut, mangsa  berusia 28 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian dan mangsa berusia 53 tahun selamat,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.56 petang,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI