fbpx

Sekatan kapal Israel tidak jejas hubungan negara luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasan mengimbas kad perakam waktu pada Majlis menyambut ketibaan Menteri Luar di Kementerian Luar Negeri di sini, hari ini. Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Sekatan kerajaan terhadap syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia, disifatkan tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik dengan negara antarabangsa lain.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu dilihat tidak menjejaskan hubungan dengan negara lain di mana Malaysia tidak pernah mengatakan untuk tidak menghargai perhubungan tersebut.

“Kita tidak melihat kepada terjejasnya hubungan dengan lain, topik kita (untuk) tidak membenarkan kapal yang menggunakan bendera Israel berlabuh di Malaysia serta yang membawa barang ke Israel.

“Pendirian kita tetap, kita tidak mengatakan tidak menghargai hubungan dengan negara lain, tetapi disebabkan oleh ketetapan pendirian Malaysia berkenaan keadaan di Gaza dan Timur Tengah ketika ini,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Putra di sini tadi.

Terdahulu, Mohamad menyempurnakan sesi ‘clock-in’ di Wisma Putra sebagai simbolik memulakan tugas sebagai Menteri Luar Negeri.

Ketibaan beliau pada pukul 10 pagi diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Amran Mohamed Zin.

Beliau seterusnya memasuki pejabatnya di Kementerian Luar Negeri bagi Penyerahan Nota Serah Tugas dan menghadiri taklimat kementerian yang diadakan secara tertutup.

Datuk Seri Mohamad dilantik sebagai Menteri Luar Negeri yang baru menggantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang berpindah ke Kementerian Pengajian Tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI