fbpx

Toyota panggil semula 1 juta kenderaan di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai melawat premis pengedar kereta Toyota di Brooklyn pada 4 Ogos 2022. - AFP

NEW YORK – Pengeluar kereta Jepun, Toyota mengumumkan kelmarin bahawa pihaknya memanggil semula kira-kira sejuta kenderaan Toyota dan Lexus di Amerika Syarikat (AS) kerana kebimbangan mengenai sistem beg udara.

Kenderaan yang terlibat termasuk sesetengah jenama popular seperti Camry, Corolla dan Highlander. Ia melibatkan kebimbangan mengenai masalah sensor di tempat duduk penumpang hadapan.

“Sensor ini mungkin dikilangkan secara tidak sempurna, menyebabkan litar pintas berlaku,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Menurut Toyota, pihaknya akan menghubungi pelanggan yang terjejas menjelang pertengahan Februari 2024, manakala pengedar akan memeriksa model Toyota dan Lexus yang terjejas dan menggantikannya jika perlu ‘tanpa kos kepada pemilik.’

Toyota ialah pengeluar automotif terbesar dunia  dan menjual lebih 10 juta kenderaan pada tahun lepas. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI