fbpx

PPZ-MAIWP dan FGV serah sumbangan bernilai RM53,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan (dua dari kiri) bergambar bersama penerima sumbangan wakalah FGV Holdings Berhad ketika ditemui di Masiid Rahimah Kampung Pandan, di sini hari ini. FOTO oleh IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama FGV Holdings Berhad telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM53,000 untuk golongan asnaf melalui Program Jalinan Mesra Saji siri kelapan, hari ini.

Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, nilai keseluruhan sumbangan yang diterima daripada wakalah FGV Holdings Berhad adalah sebanyak RM479,000 manakala wakalah syarikat adalah sebanyak RM413,000.

“Melalui programJalinan Mesra Saji, kita bukan sahaja memberikan sumbangan untuk membantu golongan asnaf tetapi turut menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat.

“Antara program yang dijalankan adalah bacaan yasin dan ceramah daripada ustaz yang bertauliah,” katanya ketika ditemui di Program Jalinan Mesra Saji Siri 8 di Masiid Rahimah Kampung Pandan, di sini.

Tambah Abdul Aziz, penganjuran program tersebut juga membuktikan kemajuan dan perkembangan perniagaan FGV Holdings Berhad melalui Skim Wakalah atau Dasar Pengembalian Semula Wang Zakat.

“Untuk itu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada FGV atas pembayaran zakat yang sekian lama di PPZ-MAIWP.

“Saya berharap lebih banyak lagi syarikat di Wilayah Persekutuan membayar zakat di PPZ-MAIWP bagi melayakkan mereka untuk mendapat skim wakalah dan seterusya membantu golongan asnaf.

“Saya percaya bahawa pemberian wakalah in akan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada masyarakat terhadap syarikat-syarikat terutama produk keluaran muslim,” katanya.

Sejak Mac lalu, sebanyak lapan siri Program Jalinan Mesra Saji telah diadakan di lapan lokasi masjid di Wilayah Persekutuan dan sebanyak RM520,300.00 telah disumbangkan sehingga siri yang terakhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI