fbpx

Konflik Palestin-Israel: Lebih 4,000 warga Perancis sertai jenayah perang di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera Israel melakukan tinjauan di Gaza pada Isnin lalu. - AFP

PARIS – Seorang wakil rakyat menggesa kerajaan Perancis supaya menyiasat lebih 4,000 rakyat negara berkenaan yang menyertai ‘jenayah perang’ Israel di Palestin, lapor portal berita TRT World semalam.

Thomas Portes daripada  Parti La France Insoumise (LFI) telah menghantar surat kepada Menteri Keadilan, Eric Dupond-Moretti bagi menggesa siasatan ke atas 4,185 tentera Perancis yang dilaporkan terlibat. 

Surat itu dihantar selepas Presiden Emmanuel Macron menggesa Israel untuk tidak ‘meratakan Gaza’ atau menyerang orang awam secara sengaja.

Menggariskan bahawa Perancis harus bertanggungjawab jika mendapati tenteranya melakukan jenayah perang, Portes berkata, beliau akan merayu kepada pejabat pendakwa raya.

Menurutnya, penglibatan tentera Perancis dalam jenayah itu ‘tidak dapat diterima’ jika melihat kepada jenayah perang Rejim Zionis di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

“Europe 1, salah satu stesen penyiaran radio terkemuka mendedahkan bahawa seramai 4,185 warga Perancis atau Franco-Israel bertempur di Gaza. Ini ialah kontijen terbesar selepas Amerika Syarikat ,” katanya.

Perkara itu sebelum ini disuarakan beberapa organisasi termasuk kenyataan Persatuan Perancis Palestin Solidarite (AFPS) menggesa akauntabiliti warga Perancis yang terlibat dalam jenayah perang.

Agensi berita AFP juga mengutuk tindakan peneroka haram Prancis dalam jenayah perang di Tebing Barat dan Timur Jerusalem. 

Beberapa portal berita Perancis pada awal Disember lalu turut mendedahkan bahawa ramai rakyat negara itu sedang berjuang bersama tentera Israel. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI