fbpx
MBAPPE (kiri) menjadi kunci kemenangan Perancis ke atas Senegal selepas meledak dua gol. - AFP

Piala Dunia 2026: Les Bleus langkah kanan benam Senegal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Juara 2018, Perancis menepati ramalan apabila mencatat kemenangan 3-1 ke atas Senegal pada aksi Kumpulan I Piala Dunia 2026 menentang Senegal di New Jersey Stadium awal pagi tadi.

Dua gol menerusi penyerang sensasi, Kylian Mbappe selain satu gol Bradley Barcola sudah cukup untuk memastikan tiga mata menjadi milik Les Bleus, manakala gol Senegal dijaringkan Ibrahim Mbaye.

Turun sebagai pasukan pilihan, Perancis menguasai sebahagian besar perlawanan selain melakukan 11 percubaan ke arah pintu gol Senegal dengan lapan daripadanya merupakan percubaan tepat.

Kemenangan itu pastinya memberi kelegaan kepada Perancis memandangkan mereka dilabelkan sebagai pasukan pilihan untuk memenangi saingan Piala Dunia kali ini.

Biarpun mencatat kemenangan, namun Perancis sekadar menghuni tangga kedua Kumpulan I apabila Norway turut bermula langkah kanan selepas membelasah Iraq 4-1.

Selepas ini, skuad kendalian Didier Deschamps itu akan berdepan Iraq bagi aksi kedua 23 Jun nanti sebelum membuat perhitungan dengan Norway empat hari kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN