fbpx
MBAPPE meledak dua gol ketika Perancis membuka tirai saingan dengan langkah kanan menewaskan Senegal awal pagi semalam. - AFP

Piala Dunia 2026: Mbappe lerai keraguan pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menghamburkan pujian terhadap kapten, Kylian Mbappe yang meledak dua gol ketika membantu pasukan menang 3-1 ke atas Senegal pada aksi Kumpulan I Piala Dunia 2026 awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium New York/New Jersey, Les Bleus jelas merupakan pasukan lebih baik apabila menguasai sebahagian besar permainan selain melakukan 11 percubaan ke arah pintu gol Senegal.

Deschamps berkata, ramai pihak masih mempertikaikan kemampuan Mbappe, namun beliau menaruh sepenuh kepercayaan bahawa penyerang Real Madrid itu masih mampu menjadi kunci kemenangan Les Bleus.

“Saya tahu masih ramai orang di luar sana yang masih mengkritik Mbappe, tetapi saya tahu dia adalah pemain menakjubkan. Mungkin kadang-kadang tuah tidak menyebelahinya tetapi dia mampu membantu kemenangan pasukan.

“Sebagai kapten, dia menjalankan tanggungjawab yang sangat besar sama ada di dalam atau luar padang. Ada orang cakap dia pentingkan diri sendiri tetapi saya tahu karakter Mbappe,” katanya.

Sementara itu, beliau mengakui lega dengan kemenangan tersebut meskipun turut berdepan kesukaran sepanjang perlawanan itu apabila gagal untuk memanfaatkan deretan peluang terhidang.

“Satu kemenangan yang sangat penting untuk aksi sulung, lebih-lebih lagi menentang pasukan seperti Senegal. Secara jujur, kami juga banyak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol,” ujar Deschamps. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN