fbpx

Ibu tak sampai capai tangan, bayi tenggelam terkapai-kapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabihah (dua dari kanan) menangis teresak-esak semasa dia sedang bergegas ke Hospital Pasir Mas hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

RANTAU PANJANG – Seorang suri rumah tidak sempat menyelamatkan anak tunggalnya berusia setahun tiga bulan yang terkapai-kapai selepas terjatuh ke dalam paya bersebelahan sebuah premis di Taman Rantau Baru di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Nabihah Che Muda, 21, hanya mampu melihat anaknya, Firdaus Mohd. Faizal tenggelam di kawasan paya berdekatan kedai ibu saudaranya.

Nabihah berkata, dia bersama anaknya itu pergi ke premis terbabit untuk membantu membersihkan ruang kedai tersebut yang sebelum ini terjejas banjir.

Menurut yang merupakan warganegara Thailand, ketika dia sedang leka membersih ruang kedai itu, dia tidak nampak kelibat Firdaus apabila bayi itu hilang daripada pandangannya.

“Saya terus mencarinya di belakang kedai sebelum melihat tangan Firdaus terkapai-kapai di dalam paya itu. Saya cuba untuk mencapai tangannya, namun tidak sampai.

“Saya lihat dia tenggelam di dalam paya itu di depan mata saya. Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan dia tidak timbul-timbul dari dalam paya,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Gambar Nabihah (kanan) bersama Firdaus. FOTO ROHANA ISMAIL

Nabihah memberitahu, dia terus memanggil sepupunya yang berada di dalam premis itu untuk membantu menghubungi talian kecemasan.

Menurutnya, dia tidak dapat menahan tangis apabila anaknya itu tenggelam sebelum dia pengsan beberapa kali.

“Saya tidak menyangka Firdaus pergi untuk selama-lamanya. Dia sangat manja semalam dan saya juga ingat saya menciumnya banyak kali semasa kami bermain bersama.

“Suami saya tiada bersama kami kerana dia baru sahaja pergi ke Bangkok, Thailand dua hari lalu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di sana,” katanya.

Sebaik sahaja mayat Firdaus dibawa naik ke darat, Nabihah sekali lagi hampir pengsan dan sempat berkali-kali mencium jenazah anaknya itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI