fbpx

Agihan pendapatan ASB 5.25 sen seunit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.8 juta akaun hingga kini. -Gambar hiasan

PETALING JAYA –  Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. 

Jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit. 

Nilai keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion itu juga akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB. 

Presiden dan  Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata saham amanah itu terus memberikan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank. 

“ASB telah mencatatkan prestasi yang kukuh, hasil daripada perumpukan aset dan strategi kepelbagaian kumpulan.

“ Beberapa urus niaga penting telah dilaksanakan untuk meningkatkan nilai bagi pemegang unit. ASB terus menjadi pelaburan pilihan jutaan masyarakat bumiputera dan terus memberikan pulangan yang konsisten, membentuk sebahagian daripada pelan simpanan untuk lebih 10.8 juta pelanggan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu, bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.8 juta akaun, menunjukkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai instrumen simpanan dan pelaburan penting bagi golongan bumiputera dalam perancangan kewangan mereka.

Bagi tahun kewangan 2022, agihan pendapatan ASB adalah sebanyak 3.35 sen bersama bonus 1.25 sen untuk memberikan jumlah 4.60 sen seunit, selain terdapat bonus tambahan sebanyak 0.5 sen seunit untuk 30,000 unit pertama bagi setiap pemegang unit. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI