fbpx

Calon SPM maut dilanggar, pemandu kereta tak puas hati bunyi ekzos bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon SPM maut dilanggar kereta di Meru hari ini

IPOH – Seorang pelajar lelaki tingkatan lima maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah maut di tempat kejadian selepas diseret kereta lebih lima meter.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam perjalanan pulang dari sekolah di SMK Jati dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas pemandu kereta jenis Perodua Ativa berusia 44 tahun tidak berpuas hati dengan tindakan remaja itu membuat bunyi bising ekzos sebelum bertindak mengejar motosikal mangsa dan melanggarnya dari belakang.

Saksi kejadian memaklumkan, pemandu kereta berkenaan berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa, namun segera beredar apabila menyedari kehadiran orang awam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI