fbpx

KPM siasat guru besar tunjal kepala budak dalam majlis sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menyiasat rakaman video tular di media sosial yang memaparkan seorang guru besar bertindak memarahi dan memukul bahagian kepala seorang pelajar lelaki dipercayai berlaku dalam sebuah majlis rasmi di sebuah sekolah di Kuala Terengganu.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan dalam kadar segera.

“Kementerian komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam kenyataan sama, KPM mengingatkan golongan pendidik untuk sentiasa memelihara etika dan menjunjung tinggi martabat serta profesionalisme profesion keguruan

Terdahulu, dua buah video memaparkan tindakan guru besar terbabit mengasari dua orang pelajarnya menjadi hangat diperkatakan netizen sehingga ramai mengecam perbuatan tidak bermoral itu.

Difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan dua pelajar berkenaan dilihat ‘bermain’ semasa acara nyanyian lagu Negaraku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI