fbpx

Penduduk Gaza bermandikan ‘hujan peluru’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Memasuki hari ke-67 konflik di antara Palestin dan Israel, rejim Zionis dilihat semakin mengganas dengan meneruskan kempen pengeboman secara bertalu-talu ke atas bandar utama di selatan Genting Gaza.

PETALING JAYA – Memasuki hari ke-67 konflik di antara Palestin dan Israel, rejim Zionis dilihat semakin mengganas dengan meneruskan kempen pengeboman secara bertalu-talu ke atas bandar utama di selatan Genting Gaza.

Ia selepas pejuang Hamas memberi amaran tegas berkaitan syarat pembebasan tawanan.

Peperangan itu semakin sengit sehari selepas unit kereta kebal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mara ke tengah Khan Yunis yang menjadi medan tempur utama.

Menerusi perkongsian gambar dan video oleh beberapa pengamal media Palestin yang dimuat naik di media sosial masing-masing, difahamkan ketika ini, unit darat dan udara Zionis terus menggempur sekitar selatan Gaza sehingga meragut hampir 300 nyawa dalam tempoh 24 jam.

Kawasan sasaran tersebut adalah antara tempat berlindung ratusan ribu penduduk dari utara yang hilang tempat tinggal.

Ketika ini juga, rata-rata pengamal media yang bertugas di Gaza menggambarkan keadaan penduduk di sana seperti bermandikan ‘hujan peluru’ apabila tiada satu kawasan pun boleh dianggap selamat untuk berlindung.

Seorang jurugambar Palestin, Soliman Alfarra mengakui seluruh penduduk Gaza sudah penat dan tidak tahu kemana arah yang perlu dituju untuk menyelamatkan diri.

“Kami letih, dan kami tidak lagi mempunyai sebarang helah (terlepas dari serangan rejim Zionis),” katanya.

Sementara itu, wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq berkata, setiap minit pasti ada penduduk yang terbunuh dan situasi di Gaza semakin genting sehingga mayat para syuhada terpaksa dikebumikan di merata-rata kawasan.

Hani juga sering berkongsi rakaman memaparkan detik-detik pergerakan roket dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Israel sehingga memusnahkan ratusan ribu bangunan di seluruh Gaza.

Terbaharu, media tempatan melaporkan bilangan angka kematian di Gaza kini mencecah 18,205 nyawa yang terdiri daripada bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua, manakala hampir 49,645 penduduk cedera sejak 7 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI