fbpx

Malakoff sedia penyelesaian solar untuk RAC, KTMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR SYAHRIN (tiga dari kanan) pada majlis pemeteraian perjanjian yang diadakan di Putrajaya.

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) melalui anak syarikat milik penuhnya, Malakoff Radiance Sdn. Bhd. memeterai perjanjian solar dengan Railway Assets Corporation (RAC) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Perjanjian itu untuk pembangunan, operasi dan penyelenggaraan carport dan sistem solar atas bumbung di stesen kereta api, depoh serta terminal park and ride di Perak, Pulau Pinang, Selangor, Johor and Negeri Sembilan.

Dengan unjuran penjimatan elektrik sebanyak RM 9.7 juta untuk RAC dan KTMB, projek berkapasiti 1.42 MWp ini dijangka memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pengurangan pembebasan karbon dioksida tahunan sebanyak 19,376 tan, bersamaan dengan pemuliharaan 484,400 pokok matang.

Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib optimis mengenai kerjasama berkenaan, yang menandakan komitmen Malakoff untuk mempelbagaikan portfolio tenaga boleh baharunya (RE) sambil menyepadukan pelbagai sumber tenaga hijau ke dalam campuran penjanaan tenaganya untuk menyediakan persekitaran yang lebih bersih dan lestari.

“Kami ingin berada di barisan hadapan dalam peralihan tenaga negara seperti yang telah kami tetapkan dalam sasaran untuk mencapai kapasiti RE 1,400 MW menjelang 2031 melalui usaha secara kolektif.

“Ini selari dengan Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030, yang mana salah satu objektif utamanya adalah untuk menangani kesan alam sekitar akibat daripada pertumbuhan sektor pengangkutan, termasuk menggalakkan sokongan untuk inisiatif hijau merentas semua sektor pengangkutan dan memudahkan rancangan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

“Pemasangan carport solar, yang memanfaatkan tenaga solar berkesan dan bertindak sebagai perisai penebat haba untuk kenderaan yang diparkir adalah salah satu cara untuk memenuhi objektif inisiatif hijau ini dan sejajar dengan komitmen Malakoff untuk penjagaan alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI