fbpx

Tak serik edar daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian bakul mengandungi daun ketum yang berjaya dirampas daripada dua lelaki di Kilometer 80 Lebuh raya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur masuk R&R Gurun, dekat Sungai Petani malam tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang pengedar daun ketum tidak serik mengulangi kegiatan sama apabila ditahan buat kali kedua bersama bahan terlarang itu di Kilometer 80 Lebuh raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur masuk Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun dekat sini malam tadi.

Suspek berusia 35 tahun ditahan bersama seorang rakannya berusia 35 tahun ketika membawa muatan daun ketum seberat 1,190 kilogram yang dianggarkan bernilai kira-kira RM23,800 dalam sebuah lori pada pukul 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, daun ketum yang diisi di dalam 170 bakul terbabit dibawa oleh suspek dari Padang Terap dan untuk diedarkan ke kawasan barat Semenanjung Malaysia.

“Kejayaan ini hasil risikan daripada pegawai dan anggota Kompeni D,Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam yang mengekori lori jenis Isuzu sebelum menahanya di lokasi terlibat.

“Pemeriksaan pasukan itu kemudiannya menemui 170 bakul plastik yang mengandungi bungkusan plastik jernih daun hijau disyaki daun ketum sebelum bertindak menahan dua suspek kemudiannya,” katanya.

Kenderaan dalam anggaran nilai RM85,000 beserta daun ketum bernilai RM23,800 kemudiannya disita dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

“Siasatan awal pihak kita mendapati dua suspek itu telah menjadi menjadi ‘runner’ kepada seorang lelaki tempatan berbangsa Siam sejak awal bulan ini.

“Mereka menerima upah sebanyak RM1,000 seorang untuk satu perjalanan mengedar daun ketum itu ke barat Semenanjung Malaysia,” katanya.

Menurut Zaidy, semakan rekod mendapati suspek berusia 35 tahun itu mempunyai satu rekod kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 manakala rakannya tidak mempunyai rekod lampau dan keputusan saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif.

“Kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 11 Disember untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI