fbpx
AKSI pemain KL City FC, Nicolao Dumitru (tengah) ketika menghasilkan gol kedua pasukannya pada aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. - ISKANDAR ISHAK

Liga Super: Negeri Sembilan bangkit ikat KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua layangan kad merah melengkapkan kekecewaan Kuala Lumpur City yang diikat 2-2 oleh Negeri Sembilan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pembantu jurulatih, Edin Prljaca dilayangkan kad merah kerana melakukan protes terhadap pengadil, Razlan Joffri Ali ketika pegawai perlawanan sedang meneliti Video Bantuan Pengadil (VAR) yang menghasilkan gol kedua pelawat sebelum ketua jurulatih, Risto Vidakovic terima nasib sama tidak lama kemudian.

Khuzaimi Piee terlebih dulu meletakkan Negeri Sembilan di depan pada minit ke-16 namun kelebihan itu hanya bertahan sembilan minit apabila Victor Ruiz tenang menyempurnakan sepakan penalti buat KL City.

Seterusnya, aksi berlangsung agak seimbang dengan menyaksikan kedua-dua pasukan saling mencuba untuk mendapatkan tambahan jaringan.

Bagaimanapun, kombinasi menarik antara pemain tuan rumah menyaksikan Nicolao Dumitru merobek gawang pelawat buat kali kedua pada minit ke-39 dan kedudukan 2-1 kekal hingga tamat separuh masa.

Skrip hampir sama terus berulang di separuh masa kedua, sebaliknya barisan pertahanan kedua-dua pasukan terus kebal melaksanakan tugasan bertahan.

Kesilapan pertahan tuan rumah, Giancarlo Gallifuoco yang mengasari Joseph Esso bawa padah apabila Negeri Sembilan dihadiahkan sepakan penalti dan peluang pada minit ke-80 itu tenang disempurnakan oleh Oday Kharroub.

Situasi itu menjadikan perlawanan bertambah menarik namun tiada tambahan jaringan mampu dihasilkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN