fbpx
Sultan Ibrahim bergambar bersama kenderaan tersebut.

Russia hadiahkan Agong limosin Aurus Senat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEFALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerima hadiah sebuah kereta jenis limosin Aurus Senat daripada Kerajaan Persekutuan Russia.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pemilikan itu
disifatkan sebagai satu penghormatan istimewa melambangkan hubungan erat serta persahabatan kukuh antara Malaysia dan Persekutuan Russia.

Ini kerana model berkenaan juga jarang dimiliki di luar Persekutuan Russia dan tidak dieksport secara meluas ke pasaran antarabangsa.

“Aurus merupakan jenama kenderaan rasmi kepimpinan tertinggi Persekutuan Russia dan sering digunakan oleh TYT Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Russia dalam acara rasmi negara serta majlis diplomatik penting.

“Aurus terkenal dengan gabungan teknologi moden serta ciri keselamatan bertaraf tinggi,”tulis hantaran tersebut.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda telah berkenan berangkat ke Muzium Garaj Khas yang menempatkan himpunan lebih 50 unik kereta dan motosikal di Moscow pada hari ini.

Pada lawatan berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai koleksi-koleksi yang dipamerkan di muzium itu.

Majlis serahan Limosin Aurus Senat milik Seri Paduka Baginda turut berlangsung di muzium berkenaan.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ke Muzium Garaj Khas disambut oleh Timbalan Menteri Pertama Industri dan Perdagangan Persekutuan Russia; Kirill Alekseevich Lysogorsk, Pengarah Muzium, Belikov AV dan Ketua Pegawai Eksekutif NAMI, Nazarov FL. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN