fbpx
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi rider menangkap seekor ular di tepi jalan.

[VIDEO] Jangan lupa bersihkan beg selepas ‘cod’ ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aksi berani seorang ‘rider’ menangkap seekor ular di atas jalan raya mendapat pujian pengguna di media sosial.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Melacolea_terpaksa, ular tersebut dilihat melingkar di atas jalan raya sebelum ditangkap rider terbabit.

“Melingkar tengah jalan tadi.. terbaik brader Shopee Food. Jangan lupa bersihkan dulu beg copee tu tau.

“Nak bawak pergi balai bomba, dekat je kat situ, laki aku beria je gelak. Suruh pegang sure lah dia tak nak, geli,”tulis wanita itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan rider terbabit yang berani menangkap reptilia tersebut dan menasihatkannya supaya membersihkan beg yang telah digunakan untuk meletakkan ular itu.

“Kalau dia tak bersihkan beg pun tak ada masalah, sebab bukan bangkai atau benda haram.. Cuma jangan duk cerita kat oranglah beg itu pernah simpan ular, bukan semua orang ok, ada yamg geli,”tulis Yat_ohh_yat.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhamadirfanabdullah.

“Sampai balai bomba. ada sapa yang COD ular?,”selorohnya.-KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN