fbpx

Dewan Negara: 137,000 pengawas peperiksaan diperlukan untuk SPM 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini dimaklumkan seramai 137,000 pengawas peperiksaan diperlukan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, sebanyak 20 peratus iaitu seramai 30,000 pengawas peperiksaan dilantik dalam kalangan bukan guru.

“Tahun ini tahun pertama, jadi saringan telah dibuat. Sebab ini tahun pertama, kita mesti berhati-hati supaya semua berjalan dengan baik,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Kesavadas Achyuthan Nair berhubung jumlah pengawas peperiksaan yang diperlukan untuk SPM 2013.

Pada September lalu, KPM buat pertama kalinya membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan SPM 2023 kepada orang awam.

Inisiatif itu satu daripada tujuh langkah kementerian berkenaan dalam mengatasi beban tugas guru yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada 17 Februari lepas.

Hui Ying berkata, jawatan Ketua Pengawas Peperiksaan atau Ketua Ujian Amali, Timbalan Ketua Pengawas Peperiksaan dan Penyelia atau Timbalan Penyelia Kawasan peperiksaan masih dalam kalangan guru atau pegawai pendidikan.

Menurut beliau, pelantikan pengawas peperiksaan dalam kalangan bukan guru memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kualiti peperiksaan awam di Malaysia selain menggalakkan penglibatan komuniti.

Jelas beliau, bilangan pengawas perlu dilantik bagi setiap sesi peperiksaan tertakluk kepada bilangan calon serta bilangan pusat peperiksaan dan pelantikan pengawas peperiksaan dalam kalangan bukan guru tidak melibatkan kos tambahan kepada KPM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI