fbpx

Bot terbalik di Teluk Batik, Jabatan Laut teruskan siasatan lanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandrea bercakap pada Sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri telah meminta Jabatan Laut Malaysia (JLM) meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian bot terbalik di pantai Teluk Batik pada 28 Ogos lalu yang mengorbankan seorang mangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pasukan Siasatan Kemalangan JLM telah merujuk kertas siasatan kepada TPR negeri pada 24 November 2023 untuk semakan.

Jelasnya, hasil daripada semakan itu jabatan berkenaan telah diminta untuk meneruskan siasatan lanjut bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Beliau berkata, pihak Majlis Perbandaran Manjung telah mengarahkan pemberhentian serta-merta kepada pengusaha terlibat sehingga lesen aktiviti dikeluarkan, bermula dari tarikh kejadian.

“Pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) juga telah mengeluarkan notis arahan keselamatan kepada semua pengusaha dan juga pemakluman bagi menghentikan operasi sementara dalam tempoh penyiasatan isu tersebut dijalankan,” katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Semasa kejadian pada pagi 28 Ogos lalu, sembilan individu yang merupakan pelancong warga tempatan berusia antara tiga hingga 34 tahun menjadi mangsa apabila bot penumpang dinaiki terbalik di Pantai Teluk Batik.

Seorang daripada mangsa, Nurulafiqah Abdullah Sani, 34, beralamat di Tanjung Piandang, Kuala Kurau meninggal dunia di Hospital Seri Manjung sehari selepas kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI