fbpx

Toreh kereta di Bera, ditahan di Negeri sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menoreh tayar ke atas berapa buah kenderaan di kawasan Triang Sentral, dalam kejadian pada 2 Disember lalu.

BERA – Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan dipercayai terbabit kes khianat dengan menoreh tayar beberapa buah kenderaan di Triang Sentral pada 2 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Bera, Suprintendan Zulkiflee Nazir berkata, lelaki itu diberkas di Pusat Perniagaan Bahau, Negeri Sembilan pada pukul 7.40 malam, Isnin lalu.

Tangkapan itu dibuat selepas polis menerima aduan daripada mangsa pada 2 Disember yang mendakwa tayar kenderaan mereka ditoreh individu tidak dikenali.

“Pada 5 Disember (semalam), pukul 7.40 malam, sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Jenayah menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam empat kes khianat kenderaan di daerah ini.

“Kita merampas gunting panjang yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan jenayah tersebut,” ujarnya.

Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah. Lelaki itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI