fbpx

Rayuan akhir pemuda bakar tahfiz Ittifaqiyah 21 Februari 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dalam kejadian 14 September 2017, seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang marak dijilat api.

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan 21 Februari 2024 bagi mendengar rayuan akhir pemuda berusia 22 tahun yang disabitkan atas kesalahan membunuh 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur enam tahun lalu.

Pemuda itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 11 September lepas yang mengekalkan perintah agar dia ditahan di penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Peguam Haijan Omar memberitahu wakil media, tarikh itu diperoleh selepas sesi pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahyun Yusof di sini hari ini.

Sesi itu dihadiri oleh peguam Asyraf Abu Bakar Hamzah dan Timbalan Pendakwa Raya, How Mei Ling bagi pihak responden.

Difahamkan, pihak pendakwaan tidak memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan seorang lagi pemuda juga berusia 22 tahun (penama kedua) daripada kesalahan serupa.

Pada 11 September lalu, Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa penama pertama bukan sahaja bertanggungjawab memulakan kebakaran, malah mengetahui perbuatannya boleh menyebabkan bencana tubuh kepada 23 mangsa dalam kejadian menyayat hati itu.

Panel itu turut berpendapat, keterangan pihak pendakwaan sebegitu kuat bahawa penama pertama merupakan pihak yang bertanggungjawab memanjat pagar belakang tahfiz untuk memulakan kebakaran.

Hakim Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama-sama Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan keempat-empat elemen bagi mensabitkan pemuda itu terhadap kesemua pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI