fbpx

Piala Malaysia: Jentera serangan tentukan nasib TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAMUT (tengah) bakal menjadi pertaruhan terbaik TFC untuk mengetuai jentera serangan bagi merobek gawang JDT.

KETAJAMAN penyudah jentera serangan Terengganu FC (TFC) akan menjadi penentu nasib skuad itu pada aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat ini.

Bekas ketua jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim berkata, harapan skuad Sang Penyu terletak pada bahu penjaring terbanyaknya, Ivan Mamut untuk melakar kejutan ke atas pasukan lawan.

Pengendali berpengalaman itu berkata, anak-anak buah Tomislav Steinbruckner perlu merencana strategi terbaik walaupun turun sebagai pasukan bukan pilihan di Stadium Nasional Bukit Jalil kelak.

“Keberkesanan jentera serangan bakal menjadi faktor terpenting menentukan pasukan yang bakal bergelar juara dengan JDT pasti akan mempertaruhkan Bergson Da Silva.

“Sekiranya ketua jurulatih (Steinbruckner) dapat membuat percaturan terbaik dan mengkaji secara mendalam corak permainan JDT, kejutan boleh berlaku dalam 90 minit permainan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Irfan Bakti berkeyakinan TFC boleh melakukan kejutan membawa pulang Piala Malaysia walaupun di atas kertas, peluang itu tampak sukar.

Beliau yang pernah hampir menjulang Piala Malaysia bersama TFC sebelum tewas kepada Perak menerusi penentuan sepakan penalti pada 2018 berkata, sokongan padu penyokong dan bermain di gelanggang berkecuali pasti menjadi azimat berharga buat skuad Sang Penyu.

“JDT mungkin memiliki kelebihan di semua posisi terutama serangan, namun saya lihat benteng pertahanan TFC lebih baik.

“Walaupun dibarisi pemain tempatan, saya lihat barisan pertahanan TFC sangat matang dan mampu menyerap tekanan JDT nanti,” katanya.

Irfan Bakti berkata, Azam Azmi Murad sudah pulih daripada kecederaan, manakala Shahrul Nizam Roshasni pula disifatkan sebagai pertahanan tempatan terbaik buat masa ini.

“Apa yang penting TFC harus mengelak daripada di dominasi JDT dan bijak mengawal emosi daripada helah atau provokasi pihak lawan yang lebih berpengalaman,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI