fbpx

Bunuh kucing untuk balas dendam, lelaki dijel 8 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki dijel kerana bunuh dua ekor kucing di dalam kereta di Gimhae, tahun lalu. - Foto AFP

SEOUL – Seorang lelaki di Korea Selatan yang membunuh dua ekor kucing pada hari sama dia memelihara haiwan tersebut dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh sebuah mahkamah daerah di Changwon kerana melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Menurut akhbar The Korean Herald, lelaki tersebut dituduh membunuh kucing-kucing itu di dalam keretanya di kawasan parkir dalam wilayah Gyeongsang Selatan pada September tahun lalu. Dia kemudian mencacatkan bangkai dua haiwan tersebut.

Tertuduh dilaporkan memelihara kucing-kucing itu hanya beberapa jam sebelum membunuh kedua-duanya.

Siasatan polis mendapati bahawa motif tertuduh adalah untuk menghina haiwan itu kerana seekor kucing liar lain sebelum itu telah mencakar keretanya.

“Kaedah jenayah defendan sangat kejam dan tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia menghormati nyawa (haiwan). 

“Dia telah memandu lebih satu jam untuk melakukan jenayah itu, menunjukkan bahawa dia telah merancangnya dengan teliti dan telah mencederakan kucing beberapa kali sebelum ini,” kata mahkamah dalam keputusannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI