fbpx

MFL sedia beri FAM guna VAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI skuad Harimau Malaya mungkin akan dibantu oleh penggunaan VAR apabila MFL sedia menjalinkan kerjasama dengan FAM.

AKSI antarabangsa Harimau Malaya di laman sendiri dijangka bakal ‘dibantu’ sistem video bantuan pengadil (VAR), tetapi segalanya bergantung dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Buat masa ini, sistem operasi komputer VAR sudah berada di Wisma FAM, Kelana Jaya dan dimiliki sepenuhnya oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam mengakui pihaknya terbuka untuk menjalinkan bekerjasama dengan FAM andai mahu menggunakan kemudahan VAR itu pada masa akan datang.

“Kalau ada keperluan dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk perlawanan antarabangsa pasukan kebangsaan atau ada permintaan daripada FAM, sudah pasti kami akan berikan.

“Ia boleh dianggap sebagai agenda nasional daripada MFL buat Harimau Malaya untuk menggunakan VAR di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

MFL baru-baru ini mendedahkan seramai 20 Pengadil, 21 penolong pengadil dan 14 ‘Replay Operator’ terbabit dalam latihan VAR di Wisa FAM bermula 20 November lalu berakhir pada hari ini.

Latihan VAR fasa ketiga ketika ini dikendalikan oleh enam pegawai FAM yang diiktiraf FIFA seperti C. Ravichandran, Kassim Kadir Bacha, Abdul Basith Shahul Hamid, Nagor Amir Noor Mohamed, Mohd. Sabri Mat Daud dan M. Sivanesan.

Skuad Harimau Malaya yang kini menduduki ranking ke-130 dunia dijangka bersaing di laman sendiri menentang Oman pada Mac depan dan Taiwan (Jun) bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI