fbpx

Amirul Ashraff cipta kejayaan pada usia muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUL ASHRAFF berjaya memiliki Porsche pada usia 18 tahun.

SAMA seperti remaja lain, Muhammad Amirul Ashraff Noor Azman, 21, turut memiliki keinginan untuk berjaya di usia muda.

Pemuda yang mesra disapa Amirul Ashraff itu percaya keinginannya boleh dicapai jika memilih jalan betul untuk mencapai kejayaan.

Setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia memberanikan diri untuk terlibat dalam bidang perniagaan sambil meneruskan pengajiannya.

Dia kini terlibat dalam perniagaan berkonsepkan multi level marketing (MLM) untuk satu produk berasaskan kesihatan.

“Saya mula terlibat dalam bidang perniagaan secara sambilan sejak berusia 18 tahun. Pada ketika itu, rakan-rakan lain memilih untuk mula mencari kerja sementara menunggu untuk menyambung pengajian.

“Saya ceburi bidang perniagaan kerana ingin melakukan sesuatu yang berbeza. Saya percaya bahawa jika ingin berjaya, kita mesti melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan,” katanya.

Tambah Amirul Ashraff yang juga seorang pelajar kolej universiti, dia berpuas hati apabila penglibatan dalam bidang perniagaan itu membolehkannya memiliki kereta impian iaitu Porsche dengan usahanya sendiri.

Setiap orang yang terlibat dalam perniagaan sudah semestinya berhadapan dengan cabaran masing-masing.

Begitu juga buat Amirul Ashraff, dia berhadapan dengan cabaran tersendiri dalam perniagaan yang diceburinya itu terutamanya di peringkat permulaan.

Mengulas lanjut, dia berkata, antara cabaran terawal yang dihadapinya adalah ‘penolakan’.

“Penolakan adalah cabaran yang utama dalam perniagaan yang saya ceburi.

“Pada mulanya agak sukar untuk saya menjalankan perniagaan ini sebab ramai yang tidak mahu bersama-sama mencapai kejayaan melalui MLM.

“Bukan itu sahaja, kawan baik saya sendiri juga mengatakan bahawa saya tidak akan berjaya dan membuang masa menceburi perniagaan ini.

“Apabila mendengar kata-kata sedemikian, saya merasa sedikit kecewa. Namun, ayah saya sentiasa memberi dorongan, sokongan dan motivasi untuk saya terus melakukan yang terbaik demi masa hadapan,” jelasnya.

Anak muda yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Kolej Universiti Lincoln ini turut berjaya dalam perniagaan diceburi.

Katanya, dia amat berterima kasih kepada pengasas syarikat Phytoscience yang menyediakan platform yang mampu mengubah kehidupannya.

Kini, ramai rakan-rakannya bersama dalam perniagaan itu telah berjaya mengubah kehidupan dan mencapai impian mereka.

Malah, kejayaan yang dicapai Amirul Ashraff adalah atas sokongan pasukannya iaitu Super Elite Academy.

Dia juga kini merupakan pengasas kepada kelab kereta Elite Society.

Kelab tersebut ditubuhkan pada awal tahun ini bagi merapatkan hubungan para remaja yang mempunyai minat sama.

Selain itu, dia merupakan penceramah internasional termuda bagi pihak syarikat.

Dalam pada itu, Amirul Ashraff menjelaskan, individu penting di sebalik kejayaannya itu adalah bapanya sendiri, Noor Azman Surudh Ali yang banyak memberi tunjuk ajar dan sentiasa positif.

“Selepas tujuh bulan terlibat dalam perniagaan ini, saya sudah berjaya membeli kereta pertama iaitu Perodua Myvi dan tiga bulan kemudian membeli sebuah Porsche pada usia 18 tahun.

“Dari kecil, saya amat meminati kereta sport ini.

“Apabila berkemampuan, saya membelinya sebagai salah satu bentuk penghargaan dan kepuasan untuk diri sendiri.

“Melalui perniagaan ini juga, saya mampu membeli sebuah kediaman sendiri,” terangnya.

Meskipun sibuk dengan urusan perniagaan, namun Amirul Ashraff tidak melupakan aspek pelajaran.

Buktinya, dia berjaya mendapat Purata Nilai Gred (PNG) 4.0 (four flat) dalam pengajiannya.

Dia kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Kolej Universiti Lincoln.

“Bagi saya, ilmu adalah sesuatu yang penting dan atas sebab itu, saya memilih untuk menyambung pengajian sambil terlibat dalam perniagaan.

“Saya juga berkeyakinan untuk mengembangkan karier bersama syarikat Phytoscience.

“Buat masa ini saya dapat mengimbangi antara kedua-duanya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI