fbpx
Tangkap layar televisyen litar tertutup ketika Siti Maisyura menyelamatkan seorang wanita di Hospital Pantai Ipoh di Perak.

[VIDEO] ‘Ini pengalaman pertama kendali ‘pesakit’ tanpa uniform’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila menggunakan kemahiran perubatannya di luar waktu tugas bagi menyelamatkan seorang mangsa dalam kejadian kecemasan pada 4 Mei lalu.

Dia yang merupakan seorang jururawat, Siti Maisyura Anwar, 26, berkata, dia mengetepikan rasa gementar demi menyelamatkan nyawa seorang wanita yang tercekik di sebuah kafe Hospital Pantai Ipoh.

Menceritakan semula detik tersebut, Siti Maisyura berkata, pada mulanya dia ha­nya memerhatikan mang­sa yang sedang makan bersama keluarga sebelum menyedari keadaan menjadi tidak terkawal.

“Mula-mula mangsa batuk kuat dan ibunya hanya menepuk belakang badan. Namun, tidak lama kemudian suara batuk mangsa bertukar menjadi nada tinggi (high pitch).

“Apabila ibunya mula menje­rit meminta bantuan doktor atau jururawat, saya terus ba­ngun. Dalam hati saya berkata, akulah jururawat yang ada di sini.

“Waktu itu saya cemas juga, tapi saya fikir kalau tidak ada sesiapa yang tolong, saya tidak tahu apa akan jadi kepada mangsa.” katanya ketika dihubungi.

Siti Maisyura segera melakukan teknik Heimlich Maneuver dan selepas beberapa percubaan, objek yang menyekat pernafasan mangsa berjaya keluar.

Menurutnya, walaupun dia sudah biasa mengendalikan situasi kecemasan seperti bantuan pernafasan (CPR) di wad, ini merupakan pengalaman pertamanya berdepan situasi kecemasan di luar waktu tugas rasmi.

“Selepas keadaan kembali stabil dan mangsa boleh bercakap, saya minta dia segera ke jabatan kecemasan untuk pemeriksaan lanjut.

“Saya memang lega sangat-sangat mangsa selamat,” ujar­nya.

@3sixtynews Luar waktu kerja pun tetap hero 🦸🏻‍♀️ Salute akak nurse Pantai Ipoh ni. Cepat bertindak, selamatkan nyawa. #FYP #Jururawat #HeroTanpaJubah #ViralMY #HumanInterest ♬ original sound – 3 Sixty News

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN