fbpx
MyPAC menyediakan program pembelajaran bukan sahaja daripada akademik tetapi meliputi secara menyeluruh bagi melahirkan graduan berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan profesional. -Gambar hiasan

MyPAC pilihan pelajar lepasan SPM jadi akauntan profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) kini menjadi pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membolehkan mereka mendapat program pembelajaran yang cukup lengkap dan berkualiti serta setanding dengan institusi pendidikan antarabangsa untuk menjadi akauntan profesional bertaraf global.

Sehingga sesi Mac tahun ini, seramai 1,263 graduan pensijilan profesional perakaunan dan 53 Prize Winners telah berjaya dilahirkan oleh MyPAC.

Bersandarkan kepada pencapaian tersebut, para pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian Association of Chartered Accountants (ACCA) dan cukup berbangga menjadi sebahagian daripada ‘keluarga’ MyPac yang membantu mereka bermula daripada hari pendaftaran hinggalah berjaya mengenggam sijil profesional untuk melalui perjalanan menjadi akauntan.

Seorang bekas pelajar, Sharifah Aisyah  Syed Mohd Hakhiri, 22, dari Kuantan berkata, MyPAC bukan sahaja dapat meyokong secara ekonomik buat pelajar tetapi juga daripada aspek kemaslahatan dan kebajikan pelajar.

“Tanpa MyPAC, impian saya untuk menjadi ACCA affiliate pada usia yang muda ini tidak mungkin tercapai,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau memilih FIA-ACCA kerana ia adalah satu pengajian ‘fast-track’ yang membolehkan beliau memulakan pekerjaan dengan sijil yang setaraf  ijazah pada usia yg muda tetapi untuk berjaya sampai ke tahap itu, beliau berdepan dengan pelbagai cabaran khususnya untuk menguruskan tekanan.

“Sistem ACCA meletakkan satu tekanan yang amat tinggi terhadap pelajarnya setiap kali musim peperiksaan berlangsung jadi tekanan tu memberi impak yang besar kepada emosi, kesihatan, dan kesejahteraan saya. 

“Faktor terbesar yang mendorong saya untuk menghadapi ujian ni semestinyalah keluarga dan lebih spesifik ibu bapa saya. Saya tahu sesusah mana pon ACCA ni saya mampu untuk laluinya dengan titipan doa mereka,” jelasnya.

Seorang lagi pelajar, Nur Aleya Hanny Samsuddin yang memang meminati bidang perakaunan sejak awal berjaya menguasai program tersebut dan menamatkannya sebagai straight passer.

“Perjalanan tersebut sememangnya mencabar, namun ia banyak membantu saya membina disiplin diri serta asas yang kukuh dalam bidang perakaunan. Kini, saya teruja untuk mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika tanpa MyPAC perjalanannya untuk sampai ke tahap ini sangat berbeza dan tidak menentu kerana badan itu telah menyediakan struktur, bimbingan dan peluang yang membantu saya kekal berada di landasan yang betul dalam mengejar kelayakan ACCA.

“Disebabkan sokongan itu, saya kini memikul satu tanggungjawab untuk memberi kembali kepada komuniti pada masa hadapan sama ada kepada komuniti mahupun MyPAC sendiri dengan membantu mereka yang sedang melalui perjalanan yang sama seperti mana saya pernah dibimbing dahulu.

“Sebelum menyertai MyPAC, kehidupan saya agak tidak pasti dari segi hala tuju selepas SPM. Namun selepas melalui perjalanan ini dan bergelar ACCA Affiliate, perubahan paling besar adalah cara pemikiran saya. Saya menjadi lebih fokus, lebih sedar tentang realiti dunia pekerjaan, dan lebih bermotivasi untuk menyumbang secara bermakna kepada masyarakat serta kerjaya saya pada masa hadapan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nurin Athirah Amani Nazari dari Tumpat,Kelantan menerangkan,  ACCA bukan sekadar kelayakan akademik, tetapi satu proses pembentukan karakter yang mengajar dirinya tentang konsistensi, integriti dan ketahanan yang membentuk diri pada hari ini. 

Beliau yang pernah melalui waktu sukar dalam menghadapi tekanan dalam musim peperiksaan berkata, sesi pembelajan secara berkumpulan banyak membantu kerana perbincangan dengan rakan-rakan telah membuka perspektif yang berbeza dan menjadikan proses pembelajaran lebih seimbang.

“Pada saya, tekanan itu normal, tetapi cara kita menguruskannya yang menentukan hasil akhirnya. Pengalaman paling signifikan saya bersama MyPAC ialah bagaimana institusi ini menjadi antara tulang belakang utama dalam perjalanan akademik dan pembangunan diri saya.

Nurin Athirah menerangkan,  MyPAC bukan sekadar menyediakan bantuan dari sudut pendidikan, tetapi turut membentuk dirinya  sebagai individu melalui pelbagai program pembangunan diri, pendedahan industri dan aktiviti komuniti yang dianjurkan. 

Beliau juga belajar tentang kepimpinan, komunikasi, nilai profesionalisme dan bagaimana untuk membina karakter yang lebih kukuh sebagai seorang individu.

“Apa yang paling saya hargai adalah MyPAC sentiasa membuatkan saya bukan berjalan sendirian tetapi sentiasa memberi sokongan, bimbingan dan komuniti yang saling menguatkan antara satu sama lain. Ia juga memainkan peranan yang sangat besar dalam membuka peluang pendidikan dan membentuk hala tuju kerjaya saya. 

“MyPAC bukan sekadar menyokong saya dari sudut akademik, tetapi turut membantu membina karakter dan jati diri saya melalui pelbagai program seperti kem kepimpinan yang dianjurkan setiap tahun.Pendedahan yang diberikan bukan sahaja memperkayakan ilmu, malah membina keyakinan diri, kematangan berfikir dan kefahaman yang lebih luas tentang dunia profesional. KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN