fbpx
TANGKAP layar CCTV kejadian seorang pelajar yang didakwa cuba diculik di Pekan Simpang Kuala, Alor Setar malam semalam.

Pelajar gigit tangan suspek, gagalkan cubaan culik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun berdepan detik cemas apabila didakwa cuba diculik seorang lelaki di lorong Pekan Simpang Kuala, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.26 malam itu, mangsa didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menunggang motosikal sebelum suspek berhenti di hadapannya.

Katanya, suspek kemudian dikatakan bertindak memeluk dan menutup mulut mangsa menggunakan tangan.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya meloloskan diri selepas menggigit tangan lelaki terbabit sebelum berlari ke sebuah pusat tuisyen berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, polis telah mengambil keterangan mangsa selain menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian bersama pasukan forensik.

“Usaha mengesan serta menangkap suspek sedang giat dijalankan,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN