fbpx

Saya masuk GV10 nak menang – Tomok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOMOK tak sangka perjalanan dalam GV10 akan sampai ke tahap final.

PENYANYI  Tomok tidak menafikan penyertaannya bertanding di pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10) adalah untuk mengejar kemenangan.

Menurut Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 39, sasaran tersebut adalah sama seperti yang dipartikkannya setiap kali menyertai mana-mana pertandingan dan program realiti televisyen sebelum ini.

“Saya sudah menyertai pertandingan dan program realiti dan setiap kali bertanding memang sasaran untuk bergelar juara.

“Tidak pernah fikir masuk bertanding hanya sekadar untuk melengkapkan barisan peserta atau ingin tersingkir,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Vokalis kumpulan New Boys itu juga berkata penglibatannya dalam GV10 bukan sekadar mengisi kekosongon dalam barisan peserta.

“Walaupun sertai GV10 menerusi kategori ‘hotseat’, saya mahu buktikan bahawa saya layak berada sejauh ini.

“Sasaran memang untuk nak menang tetapi kalau tiada rezeki, tidak ada masalah pun bagi saya.

“Paling penting, saya sudah berusaha dan kalau memang tersingkir, keluarkan saya ketika persembahan paling teruk,” ujarnya.

Ujarnya, kelainan dan menjadi versatil adalah antara sasaran lain yang menjadi kepentingan dalam setiap persembahan terutama di pentas separuh akhir GV10 hari ini.

“Saya akan terus mencabar diri untuk beri kelainan. Saya mahu orang lihat saya versatil dan tak mahu orang lihat saya statik sahaja

“Perkara itu boleh buat orang pandang saya sama ada layak ke final dan untuk apa sahaja (kemenangan).

“Berada di pentas separuh akhir pun sudah cukup membanggakan diri,” katanya lagi.

Selain Tomok, penyanyi lain yang akan merebut peluang ke pentas final GV10 ialah Jaclyn Victor, Naqiu, Hady Mirza, Siti Nordiana, Azharina, Liza Hanim dan Nikki Palikat.

Pentas akhir GV10 akan berlangsung pada 10 Disember di Axiata Arena, Bukit Jalil dan juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 beserta trofi. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI