fbpx

[VIDEO] ‘Pak guard’ pindah sekolah ramai sebak, nangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian video pada TikTok Fazlinda Aziz berhubung Uncle Kittu.

PETALING JAYA – Majlis perpisahan seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah mengundang rasa sedih netizen sehingga menjadi tular baru-baru ini.

Momen itu dirakam dalam video berdurasi satu minit 13 saat dan dikongsi oleh Fazlinda Aziz di TikTok.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pelajar sekolah berkumpul untuk memberikan hadiah penghargaan kepada Uncle Kittu, pengawal keselamatan yang setia menjalankan tugasnya.

Ungkapan terima kasih dan pelukan erat yang diberikan oleh murid-murid, menggambarkan penghargaan dan kasih sayang warga sekolah terhadap Uncle Kittu.

Rata-rata netizen berkata ini adalah kali pertama majlis perpisahan seumpama itu diadakan untuk pengawal keselamatan.

“Ini kali pertama, aku tengok sekolah buat majlis perpisahan dengan pak guard. Mesti Uncle Kittu ini baik sangat-sangat, buat aku nangis pula tengok ini,” komen Aramia Rose.

“Bukan biasa-biasa Uncle Kittu, mesti ramai orang yang sayang. Balik rumah mesti dia menangis berpisah dengan mereka,” tulis Merpati Putih.

Seorang ibu kepada pelajar sekolah di situ yang menggunakan nama Dqisya Shop berkata, dia sebagai ibu bapa juga terasa berat hati untuk melepaskan pengawal keselamatan itu.

“Semoga sihat dan sentiasa gembira di tempat baru Uncle Kittu,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

@lindalabuSelamat Bertugas Di tempat baru Uncle Kittu

♬ Sampai Jumpa – Endank Soekamti

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI