PETALING JAYA – Seorang pemuda Cina tidak dapat menahan sebak selepas menerima bantuan membaiki motosikalnya tanpa dikenakan sebarang bayaran dalam satu kejadian yang dikongsikan di TikTok.
Menurut pemilik akaun minyakhitamjalanan, kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengah malam ketika dia menerima panggilan daripada lelaki berkenaan yang meminta bantuan selepas motosikalnya mengalami kerosakan.
Difahamkan, rantai motosikal lelaki itu putus manakala sproket depan turut hilang, menyebabkan dia terkandas dan gagal mendapatkan bantuan daripada mekanik lain.
“Saya dapat nombor abang dari TikTok… saya dah call pomen lain tapi tak layan sampai kena block,” kata lelaki tersebut dalam perbualan mereka.
Walaupun pada awalnya kos pembaikan dianggarkan sekitar RM145 termasuk alat ganti dan upah, lelaki itu memaklumkan hanya mempunyai RM80 sahaja.
Bagaimanapun, mekanik berkenaan tetap bergegas ke lokasi sekitar pukul 1 pagi bagi membantu selepas melihat keadaan yang tidak terlalu jauh.
Sebaik kerja pembaikan selesai, dia mendapati lelaki tersebut hanya mempunyai wang yang cukup-cukup untuk kegunaannya sendiri.
Tersentuh dengan situasi itu, mekanik berkenaan mengambil keputusan untuk tidak mengenakan sebarang bayaran dan menggunakan wang infak bagi menampung kos pembaikan tersebut.
“Masa dia peluk saya… memang tak boleh tahan, setiap manusia pasti ada dugaan dan cerita sendiri, semoga abang Cina ini kuat” katanya. – KOSMO! ONLINE
@minyakhitamjalanan_ Cerita malam tadi, hari ini aku balik wal sebab hujan lebat sgt² & aku tak dapat nak berniaga di taman kota Damansara, dalam pukol 12.30malam dapat call dari abg cina ni.. Abg cina: hai bos, saya dapat nombor abg dari tiktok, tadi saya ade call nombor pomen lain dia tak layan saya, sampai dia block nombor saya, ni saya call abg, nak mintak tolong rantai motor saya putus & spoket depan hilang, abg blh tolong ke saya.. 🧑🏻🔧: hai bos, saya sudah balik bos, cube bos bagi location & gambar, kalau dekat insyaallah saya blh tolong.. Abg cina: baik² kajap saya hantar dekat abg.. ” Dia hantar location & gambar, aku tgok takde la jauh sgt la, tapi dah nak pukol 1pagi ni, aku cube bukak harga” 🧑🏻🔧: bos saya blh datang tapi mahal sikit la, spoket depan 25 rantai 80 upah 40 blh ke? Abg cina: kalau 80 tak dapat ke abg? Saya ade 80 je.. 🧑🏻🔧: tak dapat bos, sebab dah malam sgt ni bos.. itu la gji saya.. Abg cina: okkk boleh la abg, saya tunggu sini.. saya dah tak tahu nak buat ape lagi ni abg.. ” Aku pun sampai je dekat dia, borak² la dgn dia, dia pinjam duit kawan dia dulu.. lepas tu aku pun dah siap kjer, dia nak byr aku tgok dlm hp dia ade duit cukup² untuk dia je” ” Dalam hati aku, mungkin dia btl² memerlukan, aku pakai la duit infaq untuk dia 😊, Mase dia peluk aku korg jgn Tye la 🥹 aku mmg tak blh tahan dah 😭, setiap manusia pasti ade dugaan & cerita sendiri, semoga abg cina ni kuat & semangat amin” #fyp #masukberandafypシ #alhamdulillah ♬ original sound – romiez














