fbpx

Daerah Beluru, Marudi di Miri banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekan Marudi dilanda banjir akibat hujan lebat tanpa henti sejak semalam.

MIRI – Hujan lebat tanpa henti sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Beluru dan Marudi, di sini banjir.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Marudi berkata, pemantauan pihaknya hari ini mendapati sembilan kawasan terjejas akibat dinaiki air.

Katanya pemantauan di Daerah Beluru mendapati kawasan yang terjejas dimasuki air lebih kurang satu kaki, melibatkan Rh. Abok Kampung Mulung, Rh. Kampung Rian, Rh. Takang Kampung Empelam dan Rh. Rendah Kampung Matek.

“Bagaimanapun, air mula surut dengan perlahan di beberapa rumah panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemantauan di Daerah Marudi pula mendapati empat kawasan dinaiki air pada paras satu hingga dua kaki iaitu Kampung Dagang, Pekan Marudi, Kampung Narum, Kampung Padang Kerbau dan Pangkalan Feri Ridan.

Bagaimanapun, katanya meskipun kawasan dinaiki air, aktiviti penduduk kampung masih dapat dijalankan seperti biasa kerana hanya bahagian bawah rumah yang berhampiran dengan sungai sahaja dimasuki air.

“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan selamat, namun penduduk dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap keadaan air dan segera berpindah jika tidak selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI