fbpx

Bekas mekanik sara keluarga jual besi buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azrul kini banyak menghabiskan masa mengutip besi buruk untuk dijual bagi menampung perbelanjaan keluarganya di Kampung Gondang, Marang baru-baru ini.

MARANG – Seorang lelaki dari Kampung Gondang di sini tidak menyangka jangkitan kuman pada paru-paru yang dialami sejak dua tahun lalu menyebabkan dia kehilangan punca pendapatan sebagai mekanik, sekali gus menjejaskan kehidupan keluarganya.

Mohd. Azrul Zakaria, 34, berkata, semuanya bermula dua tahun lalu apabila kesihatannya mulai merosot sehingga dia tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja berat.

Katanya, ekoran penyakit itu, dia kerap keletihan dan me­ngalami kesukaran bernafas selain berat badannya turut menyusut mendadak.

“Saya tidak mampu lagi me­lakukan aktiviti fizikal untuk tempoh yang lama menyebabkan saya tidak boleh lagi bekerja sebagai mekanik.

“Kerja-kerja sampingan yang biasa saya lakukan dahulu se­perti membaiki paip dan mengambil upah memotong rumput juga terpaksa saya lupakan kerana kudrat yang terbatas,” kata bapa kepada dua anak itu ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Gondang di sini baru-baru ini.

Mohd. Azrul yang menerima rawatan berkala di Klinik Kesihatan Binjai Rendah di sini berkata, demi kelangsungan hidup, dia terpaksa menjual sebahagian besar peralatan membaiki kenderaan dan paip miliknya.

Tambahnya, dia kini hanya mampu melakukan kerja-kerja mengumpul besi buruk di sekeliling kampung untuk memperoleh wang bagi menampung keperluan harian keluarga.

“Perut isteri, Noor Aqilah Mohd. Zurin, 29, dua anak ber­usia 19 bulan dan lima tahun serta ibu, Zaleha Ismail, 57, masih perlu diisi.

“Sebagai ketua keluarga, saya malu dan rasa gagal kerana terpaksa menggunakan sebahagian wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM200 sebulan,” katanya.

Mohd. Azrul berkata, dia yang kesempitan hidup kini berhasrat menjual kereta Proton Savvy miliknya bagi memperoleh wang terutamanya untuk membeli barangan keperluan, susu dan lampin pakai buang anaknya.

Ujar Mohd. Azrul, isterinya, Nor Aqilahpula merupakan orang kelainan upaya (OKU) bagi kategori masalah pendengaran.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menghubunginya di talian 01112161182 atau menghulurkan sumbangan menerima akuan Bank Simpanan Nasional 0610029000477181 atas nama Mohd. Azrul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI