fbpx
SOAL terguris hati, rajuk, marah dan benci sesama ahli keluarga b bukan pelik. Minggu ini, HibGlam menyenaraikan lima nama-nama selebriti yang miliki sejarah mahukan masih ada sisa pergaduhan dengan ahli keluarga masing-masing.

Kasih lawan ego, perseteruan 5 anak-beranak selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AIR dicincang tidak akan putus. Satu peribahasa Melayu sarat makna mengenai perselisihan antara adik-beradik atau ahli keluarga yang hanya sementara apabila pada akhirnya mereka pasti berbaik semula.

Setiap keluarga, pasti ada insiden rajuk, kecil hati, marah mahupun bermasam muka yang merupakan hal biasa serta bukan pelik.Cuma, jika membabitkan keluarga selebriti, pergaduhan mereka menarik lebih banyak perhatian disebabkan populariti yang digalas.

Dalam dunia artis, perselisihan keluarga bukan sekadar isu domestik, tetapi sebuah ‘tontonan awam’ yang adakalanya mencalar maruah sendiri. Di mata peminat, mereka adalah idola; di rumah, mereka hanyalah manusia yang boleh terluka.

Gala minggu ini mengimbas senario perseteruan selebriti tanah air yang berdepan kemelut dengan ahli keluarga masing-masing.

Anna Jobling, ibu

Hubungan dingin antara pelakon, Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop terdedah sekitar Ogos tahun lalu yang didakwa berpunca daripada pihak ketiga.
Isu berkenaan menjadi bualan berikutan tular video pertengkaran serta hantaran beremosi dibuat wanita itu di laman sosial.

Kemudian pertelagahan mereka bertambah hangat sehingga membabitkan isu perundangan serta kehadiran peguam. Namun langit tidak sentiasa mendung, berkat doa, ikatan ibu dan anak itu kembali erat tidak sampai tiga bulan bergaduh.

Nourul Depp, anak

Tetap menyayangi puteri sulungnya walaupun hubungan mereka sudah lama dingin, penyanyi Nourul Depp hanya berserah kepada Allah agar ikatan mereka kembali seperti dulu. Bagi ibu kepada empat cahaya mata itu, kerinduan terhadap Ayu Nazirah, 28, juga permata hati tunggalnya dengan bekas suami, Ajai tidak berpenghujung.

Nourul sebelum ini mendedahkan konflik yang berlaku antara mereka sejak beberapa tahun lalu berpunca daripada orang ketiga. Pada masa sama, Ajai yakin anaknya serta bekas isteri akan tetap berbaik semula suatu hari nanti kerana mereka saling menyayangi.

Nabila Huda, bapa

KERAP menzahirkan kerinduan terhadap bapanya, pelakon Nabila Huda tidak pernah menyembunyikan gejolak jiwa menerusi hasil nukilan di laman sosial.
Figura insan kesayangan, Datuk Amy Search juga ikon rock negara tetap disifatkan sebagai individu paling disayangi serta dihormatinya.

Menyifatkan situasi dilalui mereka sebagai hal yang sukar untuk ditelan, Nabila hanya menyerahkan kepada masa agar mereka dapat kembali seperti dulu. Konflik antara anak dan bapa ini juga menjadi tumpuan peminat yang sentiasa mendoakan hubungan dua beranak itu kembali pulih.

Nelissa Nizam, ibu

Ibu pelakon Nelissa Nizam, Ayu Manaf, membuat pendedahan mengejutkan pada Disember 2024 mengenai krisis keluarga dan anak-anak yang didakwa menjauhkan diri.
Begitupun, bintang filem Polis Evo 2 itu lebih selesa tidak mengulas lanjut selain menganggap isu tersebut sebagai perkara peribadi dan mahu menyelesaikannya secara peribadi.

Malah, mereka berbaik sehari sebelum Ramadan 2025 sekali gus Nelissa berharap isu keluarganya tidak lagi dipanjangkan kerana menganggap sebagai ujian.
Ikatan mereka kini juga tampak lebih erat seperti dahulu apabila kerap dilihat sering ke mana-mana bersama-sama.

Shila Amzah, adik

Konflik membabitkan keluarga penyanyi, Shila Amzah tercetus pada Oktober 2023 berpunca daripada hasratnya menjual banglo didiami keluarga.
Adik-beradiknya terutama Syafiq dan Syada, mendakwa kakak sulung mereka bertindak drastik tanpa berbincang, manakala Shila pula menafikan tuduhan menghalau ibu dan adik-beradiknya.

Kemelut keluarga popular itu meraih tumpuan netizen, sehinggalah situasi dikatakan bertambah teruk apabila masing-masing tidak lagi bertegur sapa.
Begitupun, Shila dengan ibu, Fauziah Sarman serta adik-adiknya kembali bersatu pada majlis akikah anak penyanyi terbabit pada September 2024.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN