fbpx
Tun Dr. Mahathir

Tun Mahathir kongsi detik cemas terjatuh semasa bersenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan detik cemas yang dilaluinya apabila terjatuh ketika menjalani latihan berjalan pada Januari lalu.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba selepas kaki kanannya hilang kawalan, menyebabkan beliau terjatuh dan mengalami kecederaan serius termasuk keretakan tulang pinggul serta luka di bahagian kepala.

Susulan insiden tersebut, beliau segera dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Saya sedang berlatih berjalan, tiba-tiba satu kaki, kaki kanan saya hilang kuasa (kawalan). Bila hilang kuasa, saya jatuh.

“Bila jatuh itu, ada keretakan di tulang pinggul dan sendi. Saya juga luka sikit di kepala, tapi amat sakit,” katanya di dalam satu audio siar baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai keadaan ketika itu, Dr. Mahathir berkata, kesakitan yang dialami amat sukar digambarkan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Saya dibawa ke IJN, mereka cuba untuk kurangkan sakit tapi susah. Susah nak kurangkan. Rasa cukup sakit.

“Perlahan-lahan beberapa hari selepas baru kurang sakit, tapi sakit masih ada lagi,” katanya.

Katanya, kejadian itu menyebabkan sendi di antara tulang kaki dengan pinggangnya telah retak dan menyebabkan kesakitan.

Terdahulu, tahap kesihatan bekas pemimpin negara itu mendapat perhatian selepas beliau dilaporkan menerima rawatan di IJN selama beberapa bulan sebelum dibenarkan keluar pada Mac lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN