TAMPIN – Biarpun terpaksa menolak tawaran belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan memilih ke sekolah menengah harian disebabkan mahu menjaga bapa sakit tidak melemahkan semangat seorang pelajar untuk cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini. Muhammad Zarif Akmal Mohd. Som, 18, memilih belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas di sini memperoleh keputusan 9A dengan tujuh subjek A+, antaranya Prinsip Perakaunan, Ekonomi, Matematik dan Tasawwur Islam. Dia sebelum ini terpaksa menolak…














