fbpx

Enjin carian Microsoft Bing guna elemen AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICROSOFT kini menumpukan pada model berskala besar yang boleh memproses maklumat dengan cara yang semakin canggih.

ENJIN carian merupakan inovasi dalam teknologi maklumat yang berfungsi sebagai platform informasi dan data di hujung jari.

Sejak mula dicipta sekitar tahun 1980-an hingga diperkenalkan kepada umum pada pertengahan era 1990-an, enjin carian menjadi tumpuan untuk mendapatkan pelbagai jenis maklumat secara dalam talian.

Melewati era milenium, enjin carian bukan sahaja berkembang kepada kepelbagaian platform, informasi, data dan jenama tetapi kini ia juga telah mula memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meneroka aspek baharu dalam sumber maklumat.

Hal ini turut dilaksanakan dalam enjin carian di bawah Microsoft yang mengembangkan fungsi carian mereka dengan menjana teknologi AI.

Menurut Naib Presiden dan Pengarah Urusan di Microsoft Research, Ashley Llorens, selama lebih 30 tahun, Microsoft Research telah memajukan asas pengkomputeran dan menterjemah pemahaman saintifik baharu kepada teknologi inovatif untuk mencipta nilai bagi pelanggan dan manfaat luas kepada masyarakat.

Katanya, para penyelidik bekerjasama merentas disiplin, institusi dan geografi untuk menyampaikan kemajuan termaju dalam penglihatan, pertuturan, bahasa, pembuatan keputusan dan pembelajaran mesin.

“Mereka telah merintis kejayaan AI dalam pengecaman pertuturan perbualan, terjemahan mesin, kapsyen imej, pemahaman bahasa semula jadi dan menjawab soalan yang masuk akal.

“Usaha baru-baru ini telah menumpukan pada membangunkan model berskala besar yang boleh memproses maklumat dengan cara yang semakin canggih di samping menjadi lebih semula jadi dan intuitif untuk digunakan,” katanya dalam satu sesi temu bual secara virtual bersama Infiniti menerusi aplikasi Zoom.

MICROSOFT Bing kini dimasukkan beberapa elemen AI yang memberi manfaat kepada pengguna.

Tambahnya, kemajuan dalam pembelajaran mendalam, ditambah pula dengan set data berskala internet dan sumber pengkomputeran AI yang semakin berkuasa Microsoft Azure telah memungkinkan untuk mencipta model AI yang melaksanakan pelbagai tugas merentas banyak aplikasi yang berbeza.

Sementara itu, Pengurus Besar Kejayaan Pelanggan Microsoft Malaysia, Mazhar Zoaib Ali memberitahu, pembangunan keupayaan AI di Microsoft bukan sahaja mampu memberi maklumat tetapi telah mencipta kandungan dalam pelbagai bentuk seperti teks, imej dan sebagainya.

Menurutnya, Microsoft kini memfokuskan kepada aspek AI generatif untuk menerapkan solusi teknologi dan meningkatkan keupayaan bermula daripada produk-produk dan rangkaian kerjasama bersama Microsoft.

“Dalam kemas kini Windows 11, kita telah menerapkan AI dalam 150 fungsi perisian tersebut bagi membantu memudahkan pengguna sekali gus meningkatkan kebolehannya.

“Tidak hanya itu, sistem carian turut mengetengahkan AI, bukan sekadar memproses maklumat tetapi membantu pengguna dalam pekerjaan dan tugas seperti menyusun maklumat, menghasilkan imej dan pelbagai fungsi lain yang boleh digunakan pada masa kini,” ujarnya.

Jelasnya lagi, teknologi AI telah menjadi nilai tambah terutamanya kepada enjin carian dengan membantu menyusun maklumat yang lebih tepat buat setiap keperluan pengguna.

Sebagai contoh, dalam Microsoft Bing, menerusi fungsi Chat, AI berupaya membantu menghasilkan imej menerusi gambaran yang ditulis oleh pengguna.

Tidak hanya itu, ia juga boleh menjawab pelbagai persoalan yang dikemukakan dan memberi jawapan yang lebih terperinci berdasarkan soalan-soalan yang lebih spesifik diberikan.

Mazhar turut menjelaskan bahawa kehadiran teknologi AI juga merupakan evolusi yang positif dan tidak mengancam tugas manusia dalam mana-mana sektor.

“Teknologi AI mempunyai potensi untuk lebih berkembang apabila ia dimanfaatkan dengan cara yang betul.

Katanya, kewujudan AI tidak mengganggu gugat mana-mana sektor kerjaya melainkan ia berupaya menguasakan dan membantu mana-mana organisasi untuk mencapai kejayaan yang lebih baik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI