fbpx

Pekerja jangka gaji tahun depan naik sehingga 10 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenaikan gaji tahunan akan mengurangkan beban kos sara hidup pekerja. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lebih tiga daripada lima pekerja di negara ini menjangkakan kenaikan gaji sehingga 10 peratus pada tahun depan, demikian menurut tinjauan gaji tahunan 2024 Robert Walters.

Berdasarkan keputusan tersebut, pekerja kini lebih mengutamakan wang berbanding sebelum ini dan menjadikan bonus sebagai perkara utama dalam kerjaya mereka.

Selain itu, sembilan daripada 10 pekerja (90 peratus) menyatakan skim bonus adalah imbuhan paling penting yang mempengaruhi keputusan mereka untuk menerima jawatan baharu.

“Lebih separuh daripada responden (54 peratus) menyatakan persediaan untuk berunding bagi mendapatkan gaji yang lebih tinggi dan bagi yang memikirkan tentang bonus pula, mereka mengharapkan sekurang-kurangnya enam hingga 10 peratus daripada gaji pokok masing-masing,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tinjauan gaji tahunan itu telah dijalankan terhadap lebih daripada 400 responden di negara ini pada bulan September lalu.

Mengulas mengenai tinjauan berkenaan, Ketua Roberts Walters Malaysia, Ai Rene Tan berkata, kenaikan gaji pada tahun 2024 dijangka kekal stabil, didorong oleh persaingan sengit pemain-pemain baharu dalam pasaran yang bersaing untuk kumpulan bakat yang sama. 

“Syarikat berkemungkinan akan menawarkan pakej imbalan yang kompetitif untuk menarik calon-calon yang diingini, yang memerlukan tumpuan menangani jurang antara pemintaan dan penawaran,” jelasnya.

Bagaimanapun, tinjauan turut mengesan ketidakselarian antara jangkaan pekerja dan niat majikan kerana 53 peratus majikan lebih rela untuk memberikan kenaikan gaji antara satu hingga lima peratus yang lebih sederhana, memenuhi jangkaan 22 peratus atau lebih satu daripada lima pekerja.

“Majikan bagaimanapun sedar mengenai manfaat berkaitan kewangan yang semakin diutamakan pekerja. Lebih empat daripada lima majikan (83 peratus) telah memberikan bonus dan skim insurans kesihatan peribadi untuk pekerja-pekerja sedia ada,” jelasnya.

Selain itu, amalan bekerja secara hibrid sangat digemari oleh responden kaji selidik, iaitu pada kadar 64 peratus. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI