fbpx
Khairy hadir pada Konvensyen 80 Tahun UMNO, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Kekuatan dalaman UMNO jadi sandaran kembalikan keyakinan rakyat – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kestabilan dalaman serta prestasi pentadbiran yang ditunjukkan UMNO dilihat sebagai faktor utama yang boleh membantu parti itu meraih semula kepercayaan rakyat.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kelebihan tersebut perlu dimanfaatkan dengan membina naratif berasaskan kestabilan dan pencapaian semasa parti.

“Saya rasa kita (UMNO) lebih kuat berbanding parti-parti lain. Jika dibandingkan dengan PKR dan Bersatu, mereka berdepan krisis dalaman yang lebih serius. Malah, pandangan umum dan kritikan juga lebih banyak tertumpu kepada menteri bukan daripada UMNO.

“Menteri UMNO secara keseluruhannya kurang berdepan kritikan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Konvensyen 80 Tahun UMNO di sini hari ini.

Menurut beliau, prestasi menteri daripada UMNO yang dilihat konsisten tanpa terpalit skandal besar turut memperkukuh imej parti di mata rakyat.

Dalam perkembangan sama, Khairy memaklumkan beliau tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam parti ketika ini, namun masih terlibat dalam memberi pandangan terhadap beberapa perkara tertentu.

“Bagaimanapun, terlalu awal untuk saya kongsikan perkara tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN