fbpx

Enam lelaki merusuh kes hubungan sulit ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian suspek yang direman kerana didakwa merusuh tanpa senjata di hadapan sebuah hotel di Jalan Padang Temusu, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Polis menahan enam lelaki termasuk remaja berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kes pukul di hadapan sebuah hotel di Padang Temusu, dekat sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati sekumpulan suspek ke atas mangsa pukul iaitu lelaki berusia 42 tahun yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri salah seorang daripada mereka.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan ada individu dipukul sekumpulan lelaki di hadapan hotel tersebut.

“Mangsa yang dipukul mengalami kecederaan luka ringan di bahagian kepala, muka dan paha kiri. Tiada sebarang senjata digunakan dalam kejadian itu.

“Lima lelaki berusia 16 hingga 35 tahun kemudian ditahan di sebuah rumah salah seorang suspek di Kota Kuala Muda, dekat sini manakala mangsa yang mengalami kecederaan ringan turut ditahan di Sungai Petani,” ujarnya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kerana mangsa dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan isteri salah seorang suspek berusia 33 tahun dan lima lelaki itu juga adalah kenalan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI