fbpx
TRUMP bercakap kepada wartawan sebelum menaiki helikopter rasmi, Marine One di Laman Selatan White House pada 8 Mei lalu. – AFP

Trump tolak syarat Iran, perang baharu mungkin meletus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyifatkan syarat Iran untuk menamatkan perang di Asia Barat   ‘sama sekali tidak boleh diterima’ dalam jawapan yang meningkatkan kemungkinan perang baharu tercetus selepas rundingan selama beberapa minggu.

Iran memberi maklum balas mengenai cadangan damai terbaharu Washington semalam. Dalam jawapannya, Tehran memberi amaran tidak akan teragak-agak bertindak balas terhadap sebarang serangan baharu Amerika Syarikat(AS) dan tidak akan membenarkan lebih banyak kapal perang asing berada di Selat Hormuz.

Trump sendiri tidak memberikan butiran mengenai cadangan balas Tehran, tetapi dalam catatan ringkas di platform Truth Social miliknya, beliau menjelaskan menolaknya.

“Saya baru sahaja membaca jawapan daripada ‘Wakil’ Iran. Saya tidak menyukainya — SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DITERIMA!” kata Trump.

Pertukaran kenyataan itu berlaku ketika Perdana Menteri Israel,  Benjamin Netanyahu berkata, konflik itu tidak akan berakhir sehingga uranium diperkaya oleh Iran dikeluarkan dan kemudahan nuklearnya dilucutkan.

Tehran secara terbuka mengekalkan pendirian menentang tuntutan Tel Aviv, walaupun terdapat diplomasi di sebalik tabir.

“Kami tidak akan tunduk kepada musuh  dan jika ada perbincangan mengenai dialog atau rundingan sekali pun,  ia tidak bermakna kami menyerah atau berundur,” kata Presiden Iran,  Masoud Pezeshkian di laman X semalam. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN