fbpx
Walaupun berkerusi roda, Zaimah tidak pernah berputus asa mencari rezeki dengan berniaga di Ayer Hitam, Jempol sejak tujuh tahun lalu.

‘Asalkan halal, saya akan terus berniaga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Kekurangan fizikal sejak kecil tidak mematahkan semangat seorang wanita untuk mencari rezeki dengan berniaga secara kecil-kecilan di Ayer Hitam, di sini sejak 2019.

Zaimah Sindot, 51, berkata, sebelum ini dia melakukan pelbagai kerja termasuk melakukan jualan dari rumah ke rumah dan bekerja di salon kecantikan di Bahau di sini.

Menurut wanita orang kurang upaya (OKU) itu, dia lebih suka menggunakan tulang empat keratnya untuk mencari rezeki berbanding duduk di rumah walaupun pergerakannya terbatas kerana terpaksa mengguna tongkat dan kerusi roda.

“Pergerakan saya agak perlahan kerana sakit sendi dan gangguan saraf. Kaki saya juga tidak kuat. Saya tidak boleh melakukan kerja berat. Jadi saya lakukan apa sahaja yang termampu.

“Selagi mampu, saya mahu berdikari. Walaupun pelanggan yang datang membeli tidak ramai asalkan rezeki itu halal dan berkat, saya akan meneruskan jualan sampai bila-bila.

“Saya menjual produk kecantikan dan tambah nilai, ada ketikanya tiada pelanggan selama tiga hari, tetapi saya tidak berputus asa dan bertawakal kepada Allah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini, baru-baru ini.

Zaimah berkata, suaminya, Bahaman Harun, 63, yang be­kerja kampung sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk terus berniaga kerana ia merupakan minatnya walaupun mempunyai kemahiran menjahit.

Antara produk yang pernah dijual termasuk barangan wa­nita, sabun, tambah nilai pra­bayar telefon, kuih dan makanan sejuk beku. Zaimah turut menggunakan kumpulan Whats­App dan TikTok untuk mempromosikan jualannya.

“Jika tiada pelanggan yang datang, saya akan terus berzikir serta meletakkan harapan kepada Allah SWT,” katanya yang menerima elaun OKU secara bulanan sebanyak RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN