fbpx

Bonus penjawat awam Terengganu diumum selepas PRK Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri sedang membentangkan Belanjawan Terengganu 2024 di Sidang DUN negeri, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu diterajui Pas hanya akan mengumumkan bonus penjawat awam negeri itu selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Sabtu ini.

Menteri Besar Terenggganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia merupakan langkah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit yang akan mengaitkan pemberian insentif khas itu dengan PRK terbabit.

Beliau yang juga calon Pas bagi PRK Parlimen Kemaman memberitahu kadar bonus bagi kira-kira 14,000 penjawat awam Terengganu tersebut berkemungkinan lebih tinggi berbanding RM900 pada tahun lalu.

“Insya-Allah kita akan umum (bonus penjawat awam) selepas selesainya PRK Parlimen Kemaman.

“Jumlahnya naik sikit daripada dahulu dan akan diumumkan secara pentadbiran selepas ini,” katanya selepas membentangkan Belanjawan Terenggganu 2024 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-15 di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI