fbpx

Ramai lelaki Terengganu kena diabetes mati pucuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SETIU – Sebahagian besar daripada 14,000 lelaki Terengganu yang menghidap diabetes didapati menderita penyakit disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Kasemani Embong berkata, diabetes atau kencing manis sememangnya antara faktor yang mengganggu aktiviti seksual seorang lelaki.

Beliau berkata, ramai juga kerana tidak melakukan saringan awal sehingga tidak menyedari menghidap diabetes sehinggalah berlaku komplikasi termasuk mati pucuk.

“Hasil penyelidikan kita mendapati sebahagian daripada 14,000 lelaki yang menerima rawatan diabetes di klinik kesihatan di negeri ini menghidap mati pucuk.

“Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengambil inisiatif membuka unit khas perkhidmatan kesihatan lelaki bagi merawat masalah terbabit terutama dalam kalangan pesakit diabetes,” katanya pada sambutan Hari Kesihatan Lelaki di Sungai Tarom di sini hari ini.

Kasemani berkata, setakat ini, unit khas perkhidmatan kesihatan lelaki itu telah ditawarkan di lapan klinik kesihatan terpilih di semua daerah Terengganu sejak bulan Julai lalu.

Tambah beliau, lelaki yang dirujuk di klinik kesihatan berkenaan kerana masalah mati pucuk terbabit akan menerima rawatan daripada pakar sakit tuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI