fbpx

Sekolah Vernakular, bahasa Mandarin dan Tamil berpelembagaan- Mahkamah Rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengisytiharkan keabsahan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular itu adalah sah dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Supang Lian selepas menolak rayuan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu kewujudan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa di sekolah tersebut.

Dalam rayuan itu empat NGO selaku perayu menyatakan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Empat NGO itu ialah Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru).

Dua lagi hakim yang turut bersidang Datuk M. Gunalan dan Datuk Azizul Azmi Adnan.

Sebelum ini, pada Disember 2019, lima NGO iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mappim, Gapena dan Isma memfailkan saman beberapa pihak termasuk Kerajaan Malaysia, kumpulan pendidik Cina Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia serta Persatuan Tamilar Thurunal (Perak).

I-Guru pula menamakan Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia, memohon deklarasi bahawa Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 adalah tidak konsisten dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak mempunyai kesan.

Majlis Bahasa Cina Malaysia, Persatuan Tamil Neri Malaysia, Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia, MCA dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) telah dibenarkan mencelah dalam saman yang difailkan oleh I-Guru.

Empat NGO itu menyatakan penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Pada 29 Disember 2021, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak saman GPMS, Mappim, Gapena and Isma.

Mohd. Nazlan memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan.

Pada 29 Mei tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Abazafree Mohd Abbas (kini Hakim Mahkamah Tinggi) turut memutuskan bahawa kewujudan sekolah vernakular adalah sah dan berperlembagaan ketika beliau menolak saman I-Guru.

Pada Disember 2021 dan Mei 2022, Mappim, Gapena, Isma dan I-Guru merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Kota Bharu yang menolak saman mereka.

Bagaimanapun, hanya GPMS tidak memfailkan rayuan.

Semasa hujahan prosiding rayuan ketika itu, peguam Kanan Persekutuan, Liew Horng Bin yang mewakili Menteri Pendidikan dan kerajaan berhujah bahawa penggunaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana bahasa kebangsaan diajar sebagai mata pelajaran wajib di sekolah terbabit.

Sementara peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Mappim dan Gapena dalam hujahan balasnya berkata, disebabkan pendidikan merupakan urusan rasmi, maka penggunaan bahasa sebagai medium pengajaran wajiblah dalam Bahasa Melayu.

Katanya, Mohd. Nazlan terkhilaf apabila memutuskan penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular adalah sah dan berperlembagaan.

Menerusi saman yang difailkan pada Disember 2019, GPMS, Mappim, Gapena dan Isma menamakan beberapa pihak termasuk Kerajaan Malaysia, kumpulan pendidik Cina Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia serta Persatuan Tamilar Thurunal (Perak).

I-Guru pula, yang menamakan Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia, memohon deklarasi bahawa Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 adalah tidak konsisten dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak mempunyai kesan.

Majlis Bahasa Cina Malaysia, Persatuan Tamil Neri Malaysia, Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia, MCA dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) telah dibenarkan mencelah dalam saman yang difailkan oleh I-Guru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI